10 Pertanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita.

Posted: May 14, 2011 in Other

Berikut adalah 10 pertanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1.Bersahaja.

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak sedang akting. Coba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Apakah ia spontan atau tidak. Kalau ia nampak kurang leluasa dengan gayanya, berarti dia sedang akting. Kadang-kadang, kita dapat mengetahui kalau dia sedang akting. Tetapi, apabila dia tampil apa adanya dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang Bersamanya.

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengobat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Apa Adanya.

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia tidak mengambil kisah silam kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Senantiasa Jujur.

Dia tidak mempedulikan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum negara dan agama. Sikap jujur yang diperlihatkan menarik hati kita. Kita dapat mengetahui sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertahta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak dari tindakan curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baiknya pilihan.

5. Saling Mempercayai.

Setiap orang mempunyai rahasia tersendiri. Adakalanya rahasia ini perlu dibongkar supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahasia dan ingin memberitahu kekasih, apakah rahasia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka merasa selamat apabila memberitahu rahasia-rahasia kepada kekasihnya dibanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahasiakan apapun kepadanya dan pasti rahasia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama.

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara, entah itu perkara remeh ataupun sukar. Setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah ikhlas untuk membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan bantuan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan. Jika tidak bekerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus persen.

7. Memahami Diri Kita.

Bagi pasangan yang berjodoh, dia haruslah memahami pasangannya. Sewaktu kita sakit dia bawa ke klinik. Sewaktu kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang curhat, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sembarang situasi. Dalam keadaan gembira ataupun berduka, dia senantiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagi tergigit”, begitulah pula suami isteri. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia senantiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan.

Tidak ada yang sempurna di dunia ini. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahasia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Bukan menjadi suatu keberatan untuk memberitahu dan mengakui kelemahannya di hadapan kita. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Ikuti Kata Hati.

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan oleh Allah indera keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan indera batin ini, kita juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Apakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarkanlah kata hati dan buatlah pilihanmu. Serahkanlah segalanya pada ketentuan yang Maha Kuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal.

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya pemain di pentas dunia ini dan skripsinya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pemain, kita diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang bunga tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, sebaiknya buatlah keputusan. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini demi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber : http://berita-terkini.info/10-petanda-dia-jodoh-kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s